Eksplorasi Klik dengan Bijak

18 November 2019 | Aktiviti Terkini

Eksplorasi Klik dengan Bijak ini telah diadakan pada hari Ahad 17 November 2019. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 8 tahun hingga 14 tahun. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Aktiviti ini mempunyai peringkat-peringkat yang tertentu. Para peserta perlu menjawab soalan yang diberikan untuk melayakkan mereka mara ke peringkat seterusnya. Soalan yang diberikan merupakan soalan-soalan yang berkaitan dengan program Advokasi yang telah dijalankan sebelum aktiviti Eksplorasi ini. Para peserta yang berjaya menjawab dan yang terpantas, diberikan hadiah sebagai ganjaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali