Kelas Animasi Scratch Siri 4

14 September 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Animasi Scratch Siri 4 ini telah diadakan pada hari Jumaat 13 September 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia dari 10 hingga 12 tahun. Kelas ini diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Kelas ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Scratch Siri 4 ini merupakan kelas kesinambungan kepada kelas Scratch Siri 3 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, para telah menyambung tugasan membuat game menggunakan Scratch. Para peserta perlu memasukkan elemen skor dalam game tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali