Program Wanita Celik IT (Microsoft Word Siri 2)

23 February 2019 | Aktiviti Terkini

Program Wanita Celik IT (Microsoft Word Siri 2) ini telah diadakan pada hari Jumaat 22 Februari 2019. Kelas ini telah disertai oleh wanita dewasa yang berumur 28 tahun hingga 45 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Topik pembelajaran pada hari ini ialah mengenai teknik penggunaan WordArt, dan masukkan gambar secara offline dari telefon pintar masing-masing. Para peserta juga telah diberikan tugasan untuk menghiaskan biodata masing-masing iaitu sambungan untuk kelas minggu lalu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali