Kelas Asas Komputer (Microsoft Word)

7 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Komputer (Microsoft Word) ini telah diadakan pada hari Rabu 6 Mac 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 5 dan tahun 6 yang berumur 11 dan 12 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 4.30 petang hingga pukul 5.30 petang. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Perkongsian pada kelas kali ini ialah para peserta diberi tunjuk ajar teknik memuat turun gambar daripada internet. Setelah itu, para peserta telah diberikan tugasan untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word. Ilmu ini sangat relevan kepada semua peserta untuk digunakan disekolah bagi menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali