Program Ihya’ Ramadhan (Kenali Ramadhan)

13 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Program Ihya’ Ramadhan (Kenali Ramadhan) ini telah diadakan pada hari Ahad 12 Mei 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 4.00 petang. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta untuk mengenali Bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan-amalan sunat dan amalan-amalan yang boleh membatalkan puasa. Di akhir sesi penerangan dan perkongsian, telah diadakan aktiviti kuiz untuk memantapkan lagi kefahaman para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali