Kelas Keusahawanan (Pembuatan Keropok Lekor)

14 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan (Pembuatan Keropok Lekor) ini telah diadakan pada hari Rabu 13 Mac 2019. Kelas ini telah disertai wanita dewasa yang berumur 24 hingga 49 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Kelas ini telah diadakan di Pusat Komuniti Desa Kg. Serting Ilir.

Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk memberi tunjuk ajar kepada suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah. Para peserta diberikan bimbingan menghasilkan keropok lekor dari segi sukatan dan harga pasaran. Selain itu juga, para peserta diberi latihan untuk membuat keropok lekor secara berkumpulan dengan bahan yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali