Program Advokasi di Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan PI Pasoh 4

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi di Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan PI Pasoh 4 ini telah diadakan pada hari Sabtu 17 Ogos 2019. Program ini telah disertai oleh penduduk Felda Pasoh 4. Program ini telah diadakan selama 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 11.30 pagi. Program ini telah diadakan di Perkarangan luar Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 4.

Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah mendapat jemputan daripada Pihak Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 4 untuk mengendalikan satu slot Program Advokasi yang telah disusun dalam Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan. Slot ini telah dibuat dengan perkongsian maklumat mengenai Penipuan Kewangan dalam talian supaya para peserta waspada dan tidak mudah terpedaya dengan pujukan penjenayah. Di akhir sesi ceramah, telah diadakan aktiviti uji minda “Who Wants To Be a Millionaire” sebagai satu aktiviti pengukuhan kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali