eKelas Maxis (Misi Digital)

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Misi Digital) ini telah diadakan pada hari Sabtu 11 Mei 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6 dan Tingkatan 1 yang berumur 12 dan 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Aktiviti pada minggu ini ialah aktiviti membuat hiasan rumah impian sempena Hari Perayaan Aidilfitri nanti. Para peserta telah diberikan kumpulan dan peralatan untuk melukis idea tersebut diatas kertas mahjong. Para peserta perlu memuat naik hasil kerja yang telah dihasilkan di Portal eKelas untuk dinilai oleh cikgu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali