Kelas Keusahawanan (Pembuatan Nugget)
21 February 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan (Pembuatan Nugget) ini telah diadakan pada hari Rabu 20 Februari 2019. Program ini telah disertai oleh peserta dewasa yang berusia dari 22 tahun hingga 50 tahun. Program ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Kelas ini telah diadakan di Pusat Komuniti Desa Kampung Serting Ilir.
Kelas ini telah dimulakan dengan sesi penerangan tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nugget. Para peserta ditunjukksan demo penyediaan bahan nugget. Selepas itu, para peserta juga diberikan kumpulan untuk membuat nugget dengan bahan-bahan yang telah diberikan. Di akhir kelas ini, telah diadakan sesi cabutan bertuah kepada para peserta yang terpilih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: