Program Wanita Celik IT (Kelas Microsoft Power Point)

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program Wanita Celik IT (Kelas Microsoft Power Point) ini telah diadakan pada hari Jumaat, 12 April 2019. Program ini telah disertai oleh wanita dewasa yang berusia 28 tahun hingga 49 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Pengisian bagi kelas ini ialah para peserta telah diajar tentang teknik asas membuat slide menggunakan Microsoft Power Point merangkumi topik penggunaan animasi, transisi, penggunaan latar belakang yang menarik dan susunan tulisan bagi membantu penyampaian para peserta semasa menggunakan Power Point.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali