Program Wanita Celik IT (Penilaian)

26 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program Wanita Celik IT (Penilaian) ini telah diadakan pada hari Khamis, 25 April 2019. Program ini telah disertai oleh wanita dewasa yang berusia 28 tahun hingga 49 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 7 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Program ini merupakan program penutup untuk Program Wanita Celik IT selepas mengikuti kelas ICT selama 3 bulan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Para peserta telah diberikan soalan mengikut topik-topik yang telah dipelajari dan perlu menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan tersebut, diberikan hadiah sebagai penghargaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali