Program Perantis SLDN Bersama McDonald

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Program Perantis Sistem Latihan Dual Nasional ini telah diadakan pada hari Ahad 20 Oktober 2019. Program ini telah disertai oleh dewasa yang berusia dari 19 hingga 55 tahun. Program ini diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.30 tengahari. Program ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Pengisian bagi program ini ialah sesi taklimat bersama pihak McDonald. Para peserta telah diberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai sesi latihan yang akan diadakan nanti. Selepas itu, telah diadakan sesi temuduga bagi peserta yang serius untuk mendaftar sesi latihan selama 18 bulan di Kuala Lumpur. Kos pembiayaan bagi program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak McDonald.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali