Program ICT Bersama Literasi Felda Pasoh 3

5 November 2019 | Aktiviti Terkini

Program ICT Bersama Literasi Felda Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Isnin 4 November 2019. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Program ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya ialah aktiviti tayangan kisah-kisah teladan, aktiviti mengenal warna dan bentuk-bentuk. Selain itu, telah diadakan juga tayangan video habitat dan sepsis-spesis haiwan yang terdapat di dalam hutan di Malaysia. Penutup bagi program ini, telah diadakan sesi fotografi bersama guru dan pelajar Literasi Felda Pasoh 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali