Projek Tanaman Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 Siri 8

12 November 2019 | Aktiviti Terkini

Projek Tanaman Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 Siri 8 ini telah diadakan pada hari Isnin 11 November 2019. Projek ini merupakan kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital dengan generasi pertama di Felda Pasoh 3 yang berusia dari 50 tahun hingga 60 tahun. Projek ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi.

Projek ini telah diadakan di tanah lapang kawasan sekitar Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Aktiviti pada projek tanaman kali ini ialah sesi memasukkan tanah hitam ke dalam polybag sebagai persediaan untuk memulakan projek tanaman cili api. Projek ini nanti akan diusahakan secara bersama dan hasil tanaman nanti akan dijual kepada penduduk tempatan. Program ini merupakan program pemangkin untuk memberi pengalaman kepada para peserta menjana pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali