Kelas Animasi Scratch Siri 7

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Animasi Scratch Siri 7 ini telah diadakan pada hari Ahad 3 November 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia dari 10 hingga 12 tahun. Kelas ini diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Kelas ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Pengisian bagi Scratch Siri 7 ini ialah aktiviti membuat game ringkas menggunakan perisian Scratch. Para peserta telah diajar menggunakan skrip khas bagi menghubungkan setiap sprite yang telah dipilih diatas pentas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali