Bengkel Skrip ke Skrin Kluster Jempol

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel Skrip ke Skrin telah diadakan pada hari Jumaat 5 April 2019. Bengkel ini telah disertai para Pengurus Internet bagi Kluster Jempol iaitu Kluster Jempol Utara dan Selatan. Bengkel ini telah diadakan selama 8 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang. Bengkel ini diketuai oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 merangkap tenaga pengajar sepanjang bengkel ini diadakan.

Bengkel ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kampung Bayai Lama. Pengisian bengkel ini ialah, para pesert diberi tunjuk ajar teknik yang lebih menarik dan berkesan untuk digunakan bagi menghasilkan video yang sesuai untuk segmen Menarik di dibawah MCMC. Aktiviti bagi bengkel ini ialah selepas sesi penerangan, para peserta diberikan kumpulan dan diberikan tugasan untuk menghasilkan video dengan teknik-teknik yang telah diajar.Kumpulan yang berjaya, diberikan hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali