Booth Advokasi sempena Program Sukan Kg. Serting Tengah

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Booth Advokasi sempena Program Sukan Kg. Serting Tengah ini telah diadakan pada hari Ahad 27 Oktober 2019. Program ini telah disertai oleh penduduk Kampung Serting Tengah. Program ini telah diadakan selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 1.00 petang. Program ini telah dijalankan di Padang Awam Kampung Serting Tengah.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan. Antaranya ialah sesi taklimat mengenai perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital , program-program inisiatif MCMC iaitu Portal Sebenarnya.my, Kuiz Check Your label dan aktiviti roda impian berkaitan dengan modul Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali