Taklimat eKelas Maxis (SMK (F) Pasoh 2)

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Taklimat eKelas Maxis ini telah diadakan pada hari Ahad, 20 Januari 2019. Taklimat ini telah disertai oleh pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2 yang merupakan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Taklimat ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Taklimat ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Taklimat ini disampaikan oleh wakil Maxis yang bertanggungjawab mengendali dan menguruskan Portal Maxis ini. Seusai taklimat, telah diadakan sesi pendaftaran portal untuk para peserta. Para peserta boleh terokai sendiri portal tersebut dimulakan dengan muat naik gambar profil, tambah kenalan dan menguasai fungsi dan ruangan-ruangan yang terdapat dalam portal tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali