Taklimat eKelas Maxis (SK (F) Pasoh 3)

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Taklimat eKelas Maxis ini telah diadakan pada hari Ahad, 20 Januari 2019. Taklimat ini telah disertai oleh murid tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 yang akan duduki peperiksaan UPSR pada tahun ini . Taklimat ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Taklimat ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Taklimat ini disampaikan oleh wakil Maxis yang bertanggungjawab mengendali dan menguruskan Portal Maxis ini. Taklimat ini juga telah dihadiri oleh para ibu bapa, MPKK dan pihak sekolah. Seusai taklimat, telah diadakan sesi pendaftaran portal untuk para peserta. Para peserta boleh eksplorasi sendiri portal tersebut yang menyediakan nota padat untuk rujukan dan set latihan yang boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali