eKelas Maxis (Matematik & Sains) Minggu ke 15

30 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Matematik & Sains) Minggu ke 15 ini telah diadakan pada hari Sabtu 29 Jun 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari Tingkatan 1 yang berumur 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama  50 minit iaitu bermula pada pukul 11.40 pagi  hingga pukul 1.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Topik  bagi matapelajaran Matematik pada minggu ini ialah berkaitan tentang Persamaan Linear Serentak  Dalam Dua Pemboleh Ubah manakala topik bagi matapelajaran Sains pada minggu ini ialah berkaitan dengan Pantulan Cahaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali