Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui

1 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui ini telah diadakan pada hari Ahad 30 Jun 2019. Program ini telah disertai oleh semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan dewasa. Program ini telah diadakan selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 2.00 petang.

Program ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah Aktiviti anyam ketupat, Aktiviti kotak beracun Klik Dengan Bijak, Pertandingan pemakaian Sampin, Pertandingan Google Interland Game dan pelbagai lagi. Program ini dirasmikan oleh Ketua Penghulu Jempol.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali