eKelas Maxis (Matematik & Sains) Minggu ke 18

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Matematik & Sains) Minggu ke 18 ini telah diadakan pada hari Sabtu 20 Julai 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar Tahun 6 yang berumur 12 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam 20 minit iaitu bermula pada pukul 10.20 pagi hingga pukul 11.40 pagi.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Sesi pembelajaran bagi mata pelajaran matematik ialah mengenai pecahan manakala bagi mata pelajaran Sains ialah mengenai topik pengawetan. Para pelajar perlu membuat peta minda bagi pengelasan makanan mengikut proses pengawetan tertentu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali