Projek Tanaman Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 Siri 2

16 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Projek Tanaman Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 Siri 2 ini telah diadakan pada hari Isnin 15 Julai 2019. Projek ini merupakan kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital dengan generasi pertama di Felda Pasoh 3 yang berusia dari 50 tahun hingga 60 tahun. Projek ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.

Projek ini telah diadakan di tanah lapang kawasan sekitar Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Projek ini kesinambungan kepada projek tanaman siri 1 yang lalu. Aktiviti pada siri 2 ialah sesi menanam anak benih pokok dan pemasangan paip bagi memudahkan urusan untuk menyiram tanaman setiap hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali