Bengkel Animasi Scratch 2.0

30 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel Animasi Scratch 2.0 telah diadakan pada hari Khamis dan Jumaat iaitu 28 dan 29 Mac 2019. Bengkel ini telah disertai para pengurus dan penolong Pusat Ekonomi Digital Negeri Sembilan dan Melaka dibawah seliaan pihak Maxis. Bengkel ini telah diadakan selama 16 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang selama 2 hari berturut – turut.

Bengkel ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Aktiviti bagi bengkel pada kali ini ialah membuat animasi menggunakan perisian Scratch. Para peserta diajar untuk menghasilkan animasi sendiri mengikut tema yang diberikan. Para peserta yang berjaya menghasilkan animasi yang paling menarik,diberikan hadiah sebagai ganjaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali