Aktiviti Smart Lego

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Smart Lego ini telah diadakan pada hari Ahad 7 Julai 2019. Aktiviti ini telah disertai kanak-kanak yang berusia dari 8 tahun hingga 14 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 2.30 petang hingga pukul 5.30 petang.

Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Aktiviti ini dimulakan dengan pembahagiaan kumpulan untuk peserta. Setiap kumpulan diberikan set lego untuk membentuk kenderaan yang terdapat di Malaysia. Selepas itu, aktiviti disambung dengan mencari maklumat kenderaan tersebut di Google. Maklumat tersebut perlu di masukkan di Microsoft Word dan setiap kumpulan  perlu membuat pembentangan dihadapan kumpulan yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali