Program Smart Solat

25 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Program Smart Solat ini telah diadakan pada hari Ahad, 24 Mac 2019. Program merupakan program kolaborasi bersama Masjid Kariah Felda Pasoh 3 yang telah disertai oleh pelajar tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3.. Program ini telah diadakan selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 2.00 petang.

Program ini telah diadakan di Masjid Kariah Felda Pasoh 3. Program ini diadakan bertujuan untuk membimbing para peserta untuk menunaikan fardhu solat dengan betul. Disamping itu, telah diadakan aktiviti kuiz dan penilaian  untuk memastikan para peserta mendapat input yang sangat berkesan dalam mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari di rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali