Kelas Persediaan UPKK Siri 3

22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Persediaan UPKK Siri 3 ini telah diadakan pada hari Ahad 21 Julai 2019. Kelas ini telah disertai kanak-kanak yang berusia 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini diadakan untuk membantu para peserta mengulangkaji 7 matapelajaran wajib bagi UPKK nanti iaitu Jawi, Ibadah, Aqidah, Adab, Akhlak, Bahasa Arab dan Sirah. Sesi pembelajaran bagi siri 3 ini para peserta telah diberikan set soalan bagi matapelajaran Sirah. Di akhir kelas, telah diadakan sesi perbincangan jawapan untuk set soalan yang telah diberikan.  

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali