Program Saringan Kesihatan Bersama Klinik Kesihatan Jempol
11 Mac 2020 | Aktiviti Terkini
Program Saringan Kesihatan Bersama Klinik Kesihatan Jempol ini telah diadakan pada hari Selasa 10 Mac 2020. Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 dengan Klinik Kesihatan Jempol. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.
Program ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk memeriksa kesihatan terkini, mendapatkan ubat-ubatan dan rundingan kesihatan daripada doktor yang bertugas untuk sesi tersebut. Program ini juga memudahkan penduduk setempat tanpa perlu keluar jauh dari Felda Pasoh 3 hingga ke Bandar Seri Jempol.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: