Oversharing
13 September 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 12 September 2020, telah diadakan Advocacy bertajuk Oversharing bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang.
Pembelajaran kali ini bersama tiga murid dari Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 iaitu Adik Ainur Aqilah, Adik Maisarah dan Adik Alya. Pembelajaran ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti maklumat dan informasi yang boleh dikongsikan dalam media sosial serta cara untuk mengelakkan diri daripada info palsu. Adik Ainur Aqilah, Adik Maisarah dan Adik Alya belajar untuk mengenali contoh-contoh informasi palsu dan kesan negatif jika dikongsikan dalam media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: