Kelas Keusahawanan (Ayam Gunting Crispy)
24 Februari 2020 | Aktiviti Terkini
Kelas Keusahawanan (Ayam Gunting Crispy) ini telah diadakan pada hari Isnin, 24 Februari 2020. Kelas ini telah dihadiri oleh 13 orang peserta yang terdiri daripada dewasa yang berumur 29 tahun hingga 60 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3 petang hingga pukul 5 petang.
Kelas yang berlangsung di Ruang Utama Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, merupakan kelas keusahawanan bagi membantu para peserta menjana pendapatan daripada rumah. Para peserta telah diberikan resepi untuk mendapatkan tekstur ayam gunting yang sedap dan mudah untuk disediakan. Selain itu, para peserta juga telah diajar mengenai saiz bagi penjualan ayam gunting mengikut saiz pasaran semasa bagi mengelakkan berlakunya lerugian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: