Program Advokasi di Kolej Yayasan Felda Raja Alias

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi di Kolej Yayasan Felda Raja Alias ini telah diadakan pada hari Jumaat, 7 Februari 2020. Program ini telah dihadiri oleh seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Yayasan Felda Raja Alias yang berumur 20 tahun hingga 35 tahun. Program ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengahari.

Program yang berlangsung di Dewan Kuliah Kolej Yayasan Felda Raja Alias ini, merupakan program kesedaran penggunaan internet secara selamat, berwaspada dan bertanggungjawab. Pelbagai topik yang telah dibincangkan antara ialah Buli Siber, Maklumat Palsu, Terlebih Kongsi (Oversharing) dan peranan Pusat Ekonomi Digital yang telah dibina oleh kerajaan untuk melengkapkan keperluan pengguna di luar bandar. Sebagai aktiviti pengukuhan, telah diadakan sesi soal jawab dengan para peserta bagi memastikan segala maklumat yang telah disampaikan, difahami sepenuhnya oleh peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali