Advocacy Badminton
31 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 30 Oktober 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Advocacy Badminton bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Sesi advocacy ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 5:00 petang. Pembelajaran kali ini bersama enam murid dari Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 iaitu Adik Ainur Aqilah, Adik Maisarah, Adik Wawa, Adik Ecah, Adik Wana dan Adik Alya.
Advocacy ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan pemain-pemain badminton Malaysia dan Dunia. Adik Ainur Aqilah, Adik Maisarah, Adik Wawa, Adik Ecah, Adik Wana dan Adik Alya belajar latar belakang pemain-pemain tersebut dan berasa kagum dengan pencapaian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: