Kelas Online Personal Microsoft Word (Whatsapp)

13 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Online Personal Microsoft Word (Whatsapp) ini telah diadakan pada hari Ahad 12 Julai 2020. Kelas ini merupakan kerjasama anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 11.00 pagi hingga pukul 1.00 petang. Kelas ini dilaksanakan bersama seorang komuniti Felda Pasoh 3 yang berumur 36 tahun.

Kelas ini telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Whatsapp. Kelas ini merupakan kelas persendirian bagi membantu peserta membuat kertas kerja dan sebut harga perniagaan mereka sendiri. Petugas Pusat Ekonomi Digital memberi bimbingan cara untuk menghasilkan kertas kerja tersebut dengan mengikut format yang betul. Peserta juga diajar dengan hanya menggunakan Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali