Kelas Keusahawanan (How To Create Quotation Form)

10 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan (How To Create Quotation Form) ini telah diadakan pada hari Khamis 9 Julai 2020. Kelas ini merupakan kerjasama anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 4.00 petang hingga pukul 6.00 petang. Kelas ini dihadiri oleh 2 orang komuniti Felda Pasoh 3 yang berumur 16 tahun dan 36 tahun.

Kelas ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini merupakan kelas persendirian bagi membantu peserta membuat quotation (sebut harga) perniagaan mereka sendiri. Petugas Pusat Ekonomi Digital memberi bimbingan cara untuk menghasilkan quotation tersebut dengan mengikut format yang betul. Peserta juga diajar asas membuat quotation dengan hanya menggunakan Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali