Ekelas Maxis (Bahasa Inggeris) Siri 1 Tahun 2020

7 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Ekelas Maxis (Bahasa Inggeris) Siri 1 Tahun 2020 ini telah diadakan pada hari Jumaat 6 Mac 2020. Kelas ini merupakan kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital dengan Pihak Maxis. Kelas ini telah diadakan selama 50 minit iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 3.50 petang bagi Tahun 6. Manakala bagi Tingkatan 2 pula telah diadakan selama 40 minit bermula pada pukul 4.30 petang hingga 5.10 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Sesi pembelajaran Tahun 6 dimulakan dengan topik ‘Social Expressions and Dialogue (Section B UPSR)’. Bagi Tingkatan 2 pula, pelajar mempelajari topik ‘Short Communicative Message (Paper 2)’.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali