Kelas Persediaan UPKK Siri 4

10 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Persediaan UPKK Siri 4 ini telah diadakan pada hari Ahad, 9 Februari 2020. Kelas ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 11 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.30 tengahari.

Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, merupakan kelas persediaan untuk membantu para peserta mengulangkaji pelajaran bagi subjek UPKK yang akan diduduki pada bulan September nanti. Pada pertemuan kali ini, para peserta telah dibimbing untuk menjawab soalan bagi matapelajaran Ibadah. Para peserta diberikan tips dan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan agar tidak terkeliru dengan soalan yang dikemukakan kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali