Program Advokasi di Pusat Komuniti Desa Serting Ilir

26 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi di Pusat Komuniti Desa Serting Ilir ini telah diadakan pada hari Sabtu, 25 Januari 2020. Program ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada dewasa yang berumur 22 hingga 55 tahun. Program ini telah diadakan selama 30 jam iaitu bermula pada pukul 1 petang hingga pukul 1.30 petang.

Program yang telah berlangsung di Pusat Komuniti Desa Serting Ilir ini, merupakan program kesedaran penggunaan internet secara selamat dalam tajuk pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak semasa menggunakan internet. Para peserta telah diperkenalkan satu aplikasi untuk mengunci aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar masing-masing bagi melindungi anak-anak daripada melayari laman web yang tidak berfaedah di internet. Selain itu, para peserta juga telah ajar mengenai teknik tetapan telefon pintar agar sentiasa dapat pantau aktiviti yang dibuat oleh anak-anak semasa melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali