Kelas Microsoft Powerpoint Siri 2

5 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Oktober 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Powerpoint Siri 2 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 6:00 petang. Pembelajaran kali ini bersama dua murid dari Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 iaitu Adik Ainur Aqilah dan Adik Maisarah.

Pembelajaran ini diadakan bertujuan untuk memastikan setiap peserta yang hadir pada kelas ini mempunyai pengetahuan tentang Powerpoint pada akhir kelas ini supaya dapat membentangkan tugasan yang diberikan dengan menggunakan slides. Adik Ainur Aqilah dan Adik Maisarah dapat belajar untuk mewujudkan pembentangan tambahan dengan menggunakan slides Powerpoint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali