Penggunaan Portal Ekelas Maxis Siri 3

13 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Penggunaan Portal Ekelas Maxis Siri 3 ini telah diadakan pada hari Ahad 12 Julai 2020. Kelas ini telah diadakan selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.00 petang dan bersambung semula pada pukul 2.00 petang sehingga 3.30 petang. Kelas ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Para pelajar diberi peluang untuk melayari portal Ekelas Maxis bagi mencari maklumat dan nota berkaitan subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali