Pendaftaran Portal Ekelas Maxis Baru Siri 1

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran Portal Ekelas Maxis Baru Siri 1 ini telah diadakan pada hari Sabtu 18 Julai 2020. Kelas ini telah diadakan selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 6.00 petang. Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar tahun 6 SK (Felda) Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Para pelajar diberi peluang untuk membuat pendaftaran semula portal baru Ekelas Maxis dengan menggunkan akaun gmail yang baru. Hal ini demikian kerana portal Ekelas Maxis telah menaiktaraf sistem dan pelajar perlu mengemaskini maklumat peribadi dalam portal tersebut. Petugas Pusat Ekonomi Digital memberi bimbingan cara untuk mendaftar dan memasukkan maklumat dalam portal yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali