Kelas Personal Pendaftaran My Salam

10 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Personal Pendaftaran My Salam ini telah diadakan pada hari Khamis 9 Julai 2020. Kelas ini merupakan kerjasama anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 4.00 petang. Kelas ini dihadiri oleh seorang Surirumah Felda Pasoh 3 yang berumur 40 tahun.

Kelas ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini merupakan kelas persendirian bagi membantu peserta membuat pendaftaran My Salam. My Salam merupakan portal bagi Skim Perlindungan Masyarakat yang mempunyai masalah dan penyakit kronik. Petugas Pusat Ekonomi Digital memberi bimbingan cara untuk mendaftar dan memasukkan maklumat dalam portal yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali