Kelas Personal Pendaftaran Tahun 1

10 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Personal Pendaftaran Tahun 1 ini telah diadakan pada hari Khamis 9 Julai 2020. Kelas ini merupakan kerjasama anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi. Kelas ini dihadiri oleh seorang surirumah yang berumur 46 tahun.

Kelas ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini merupakan kelas persendirian bagi membantu peserta membuat pendaftaran tahun 1. Petugas Pusat Ekonomi Digital memberi bimbingan cara untuk mendaftar dan memasukkan maklumat dalam portal yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali