Aktiviti Seni Kreatif (Hiasan Rumah Sukan)

13 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Seni Kreatif (Hiasan Rumah Sukan) ini telah diadakan pada hari Rabu, 12 Februari 2020. Aktiviti ini telah disertai oleh 1 orang peserta yang merupakan wakil ibu bapa yang menyumbang tenaga bagi acara sukan tahunan Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3. Aktiviti ini telah diadakan selama 2 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 3 petang hingga pukul 5.30 petang.

Aktiviti yang berlangsung di Ruang Utama Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, merupakan aktiviti untuk hiasan rumah sukan. Tema rumah sukan ini ialah hidupan laut. Rumah merah mewakili Ketam. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu menghasilkan kostum ketam bagi acara perbarisan anak-anak. Pihak Pusat Ekonomi Digital telah membimbing penjaga dengan mengajar teknik melukis dan memotong bahan tersebut sehingga membentuk kostum ketam yang boleh dipakai oleh wakil murid bagi rumah merah di acara sukan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali