Penyampaian Hadiah Maxis Ekelas

4 September 2020 | Aktiviti Terkini

Penyampaian hadiah Maxis Ekelas ini telah diadakan pada hari khamis 3 September 2020. Penyampaian hadiah ini merupakan program anjuran Maxis yang disampaikan oleh Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 kepada para peserta. Program ini telah diadakan pada pukul 3.00 petang di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Para peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 SMK Felda Pasoh 2 ini telah memenangi projek berkumpulan bagi subjek matematik. Antara pemenang tersebut adalah Nurisha Emylia Binti Muhamad Azlee, Fatin Nur Aqilah Binti Zarudi, Fatin Fatihah Binti Khairulnazar dan Normusfirah Binti Nor Azlan. Tahniah kepada semua pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali