Aktiviti Seni Kreatif (Pulau Impian)

10 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Seni Kreatif (Pulau Impian) ini telah diadakan pada hari Ahad, 9 Februari 2020. Aktiviti ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3 petang hingga pukul 5 petang.

Aktiviti yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, merupakan aktiviti untuk melatih kefungsian motor kasar dan motor halus para peserta yang terlibat dengan membina pulau impian masing-masing berdasarkan imaginasi para peserta menggunakan plasticine. Aktiviti ini dibahagikan secara berkumpulan. Markah aktiviti ini dinilai melalui kreativiti dan yang paling logic. Kumpulan yang berjaya, diberikan cenderahati sebagai penghargaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali