Kelas Asas Shopee

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Shopee ini telah diadakan pada hari Jumaat, 24 Januari 2020. Kelas ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada dewasa yang berumur 29 hingga 45 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3 petang hingga pukul 5 petang. Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, pengisian pada kelas kali ini ialah para peserta telah diberi tunjuk ajar untuk membuat kedai online menggunakan laman web Shopee. Kelas ini telah dibimbing oleh Puan Laili merupakan usahawan di Felda Pasoh 3 yang berjaya menjalankan perniagaan secara atas talian. Para peserta juga telah diajarkan teknik untuk mendapatkan pengikut di shopee, untuk mendapatkan pembekal barangan murah dan teknik melariskan jualan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali