Kursus Suntingan Video Pendek

26 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kursus Suntingan Video Pendek ini telah diadakan pada hari Sabtu, 25 Januari 2020. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada dewasa yang berumur 22 hingga 55 tahun. Kursus ini telah diadakan selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 1 petang.

Kursus yang berlangsung di Pusat Komuniti Desa Serting Ilir ini merupakan kursus untuk usahawan setempat. Para peserta telah diajar teknik membuat video dan suntingan dengan menggunakan telefon pintar. Aktiviti sepanjang kursus ini dijalankan ialah sesi penerangan teknik video yang menarik, peralatan yang diperlukan, sesi praktikal menghasilkan video dan aktiviti menyunting video menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali