Advocacy Tokoh Dunia

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Advocacy Tokoh Dunia bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang. Pembelajaran kali ini bersama enam murid dari Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 iaitu Adik Ainur Aqilah, Adik Maisarah, Adik Wawa, Adik Ecah, Adik Wana dan Adik Alya.

Pembelajaran ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan tokoh-tokoh dunia yang terkenal atas sumbangan mereka kepada bangsa dan negara. Adik Ainur Aqilah, Adik Maisarah, Adik Wawa, Adik Ecah, Adik Wana dan Adik Alya belajar latar belakang tokoh-tokoh tersebut dan berasa kagum dengan pencapaian mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali