Kelas Microsoft Word Siri 1

10 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Oktober 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Word Siri 1 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:30 petang hingga 5:30 petang. Pembelajaran kali ini bersama empat murid dari Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 iaitu Adik Ainur Aqilah, Adik Maisarah, Adik Ecah dan Adik Alya.

Pembelajaran ini diadakan bertujuan untuk memastikan setiap peserta yang hadir pada kelas ini mempunyai pengetahuan tentang Word pada akhir kelas ini supaya dapat mengarang sesuatu tajuk dengan menggunakan Word. Adik Ainur Aqilah, Adik Maisarah, Adik Ecah dan Adik Alya belajar untuk mengarang laju dengan menggunakan Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali