Kelas Sejam Bersama Pakar STEM - Perkongsian dari Rakan eKelas oleh Thaqif

14 November 2021 | Aktiviti Terkini

13 November 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Pasoh 3 mengikuti kelas Sejam bersama Pakar Stem – Perkongsian dari Rakan eKelas oleh Thaqif yang dianjurkan oleh Maxis eKelas secara atas talian. Kelas ini berlangsung pada pukul 10.00 pagi – 11.00 pagi. Di dalam kelas ini Thaqif akan berkongsikan pengalaman coding dalam Roblox Studio dan kenapa dia mempunyai minat yang tinggi terhadap Roblox sehingga telah menciptakan sebuah akaun YouTube khas untuk Roblox-nya. Thaqif juga akan berkongsikan projek Roblox-nya yang pernah dibuat sebelum ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali